" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Wednesday, April 29, 2009

Progress @ 26W 4D...

Seperti yang dirancangkan...
Pukul 2.30 ptg td...appointment mama ngan Dr Siti @ Tawakal....
Yang excited sangat ari ni...
sebab mama n papa dah arrangedkan 3D/4D scanning for bb in my womb..
x sabo mama nak ber"sua" muka ngan orang kat dlm ni....
esp....nak tgk his condition kat dlm tu.....
kandungan air ketuban mcm mana?....
n mcm2 lagila yang membuatkan mama excited....
teruja sungguh mama dengan gifted Ilahi utk kami sekeluarga ni...
serupa jugak masa proses kehamilan hakim dulu....on 2006...
first time tgk monitor 3d/4d....tiba2 hati jadi sayu gitu.....
tp kali ni....kebetulan muka bb mengadap kebelakang sket...
n byk kali dia tutup muka ngan tangan...
sumtimes ngan kakinya jugak dia tutup mukanya....
pemalu agaknya....
so tak bper puas hati sgt compared ngan hakim dulu....
sat je tunjuk muka kat mama n papanya......
tp kitorang leh nampak features mukanya.....
idung...mata...mulutnya...telinga..kepalanya...kaki...bilang jari2nya....
n yang penting dr siti nak check mulutnya tuh.....
idungnya dah nampak ikut sapernya.....
pipi pong tembam.....dr siti cakap...tembam sungguh pipinya....
tp mama nampak saling tak tumpah mcm abgnya si hakim ler.....

now berat badan mama dah naik up to 62 kg...
n alhamdulillah....everything normal n under control..
no hi blood pressure.....
measurement baby pong ok....synchronize diameter kepala n tulang pehanya...
okla tu....
cuma kedudukan baby masih songsang lagi ni.....
arap2 da umo 7 bulan nanti...normal la kedudukannya tu erkk...

nanti if free mama uploadkan sekali gambo 3d/4d tuh....
td dr siti bagi dlm bentuk cd...tak sempat nak pilih lagi nak upload gambo mana kt dlm blog ni...
posted by Mama Hakim @ 7:48 PM   0 comments
Tuesday, April 28, 2009

Car o car....

WLW buat hal lagi ari ni.
Agak bernasib baik..ragamnya bergelora betui2 depan gate opis mama…
Startkan engine tak mo idup la plok…..
Agak jam la keta kat bakang..sebab WLW mati betui2 depan gate…..
Kebetulan peak hourkan….kol 8.10am…
Org ramai q nak masuk opis….alahai….
Mujo ada polis bantuan n pakcik driver yang baik hati dtg tolong papa…
Tolakkan keta ketepi sket…..bagi laluan kat org lain..huhuuhuh
Dah la…pintu central locked….
Kat tempat mama tak leh bukak pintu….
Pintu tempat papa jer leh bukak…
Korang imagine la….cam ner gayanya mama nak kuo…
Susah la nak describe kat sini…dah la ari ni pakai skirt labuh ke opis..
Huuhuhu…susahnya nak kuo dengan membawa perut ni lagi…
Kalau pakai seluo senang sket…

WLW hidup selepas dijumperkan baterinya oleh pakcik driver…
Yang pelik bin ajaib baru jer ari sabtu pagi tu..papa tuko bateri baru kat workshop yang berdekatan ngan kawasan rumah kami tuh…..
So papa decided patah balik ke subang balik….utk repair car la…
Then around kol 10 tu papa msg…WLW mati lagi kat tol kota damansara….
Papa tgh tunggu pomen dtg ke sana ler….
Hhuuhuh..
Apa la lagi poblemnya car itu…
Huhuhu…WLW.....memang byk mkn duit la….
Nak kata tak services..
Sokmo la papa services WLW secara berkala sokmo….
Dah serik dah mama n papa nak beli produk yang sama in future….
Tak sabo dah mama ni..
Ntah ari ni baper ratus lagi berabis utk WLW tuh….
posted by Mama Hakim @ 8:40 PM   2 comments

Hargailah Isteri Anda....

Buat pengajaran untuk kengkawang semua. Bukan nak menunding jari kepada sesiapa tetapi.. RENUNG-RENUNGKAN DAN JADIKAN PANDUAN


hargai laaa isteri anda..


Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...
Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik..

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....
posted by Mama Hakim @ 8:38 PM   0 comments

Entry Tertunggak Semalam...

Sian Hakim

Awal pagi isnin ni tersangat la sedih rasanya…
Disebabkan incident awal pagi….
Hakim tersepit tgn kat pintu….
Masa tu kitorang dah nak keluo rumah dah….
Dia pong masa tu mood pagi tak baper ok ekceli….ekk..ekkk….
Papa yang tgh dukung hakim masa tu..ntah macam mana leh tesrepit…
Tgk2 jari hantu hakim on right side injured…
Yang sian ada bleeding pluss melecet mcm terkopak isi gitu la…
Then kuku kat tepi tu jadi biru sket…..n pas tu jadi bengkak….
Nangisnya dia tak teramat la kuat…sian la…
Terus la mama amik minyak gamat n buh kat tgnnya…..
Sedih tgk…..
Dalam car menitis gak air mata mama….
Tgk jari dia sian la….
Dia pong peluk jer mamanya ni……
Mama tanya sakit ker….dia jawab sakit…bertambah la sedih mamanya ni….huuhuh

Sampai jer umah auntie zakiah..
Terus mama explain to her tgn hakim bla..bla…..
Dia kata ok jer ni..sket jerkkkk….
Mama tanya auntie hakim..mcm soklan bodoh la plok..bleh patah ke ni kak??
Hahhaha..tak la dia cakap biasa la gini..sket jerk..
Mama riso sebab dia jadi cam bengkak tuh….
Dia kata nanti dia buh minyak gamat lagi..n akan urut sket2…
Tp agak sakit la….kalau tak buat mcm tuh….nanti kuku hakim tak lawa….
Disebabkan kesan lebam kebiruan itu la…..
Terpulang kat akak ler…
Buat la yang terbaik utk anak mama tuh…..
Mama tak bani la nak urut2 gitu….sian..mesti nangis giler la dia nanti tuh…..

Terasa mcm bersalah la plok nak g kija…..jd sian kat dia….
N ari ni mama kami bertolak dr rumah agak lewat 7.15 am…
Mujo la traffic ok pagi ni ke arah jln duta..mama sampai opis almost 8.15 gak….

N disebabkan incident itu….
Haha..tak alih2 mama jadi hot n terasa ngan papa…
Sepanjang jln tadak mood nak borak ngan papa nyer….
Diam jer la….ntah rasa terasa ati la plok ngan papa….
Cam ner leh jadi mcm tu…..careless la tuh…..
Tp sampai kat tol jln duta….mama dah boleh borak ngan papa…
Dah cool sket….baru mama boleh bukak mulut…
Org kata kalau nak marah baik diam jer dulu…..
Tunggu dah cool baru ckp…..
Mcm mama ler…
Naper tgn hakim leh tersepit…..sian hakim..
Papa pong explain kat mama….bla….bla….
Mama dgr jer la….
Tapi mama tau….papa pong rasa bersalah jugak tu….
Sebab tadi masa tinggalkan hakim umah bb sitter biasa papa kiss pp hakim n salam ngan hakim…..
N td papa amik tgn hakim yg tersepit tu….papa kiss lak tgn hakim tuh….

Mujo hot mama kat papa tak berlanjutan….
Tak elok tau…..hiihhi…
Sampai opis….mama salam papa n bye bye papa as usual….:)
posted by Mama Hakim @ 8:34 PM   0 comments
Sunday, April 26, 2009

Hapdet ari ni....

Ari ni...ari ahad.....
kebetulan ada metrojaya sales kat stadium melawati Shah alam...
papa lak offer mama ajak pi....dia minat sangat nagn metrojaa sales ni..
ekceli mama kureng teruja sgt nak g.....
tp papa mcm beria.....yer kan jer la.....
gagah kan juga kaki membawa perut g boyot ni..

hiih..sampai depan stadium tuh...
huuhuh...penuh parking stadium....
so kami pong dpt parking yg agak jauh...
penat jugak la menapak ke stadium...huuhuh...
mujo hakim nak duk dlm stroller masa menapak tuh...
tp ramai betui la umat manusia kat sana.....
nak tolak stroller hakim pong tak baper lepas...
mujo bwk assistant....abg lokman....
suh dia tunggu hakim kat satu tempat tu jerkk....
huuhuh...tp tak sangka lak...budak kicik tu nangis dlm diam.....
mamanya dtg dekat baru kuat nangisnya....huuhuh...cian lak..
tak dang mama nak pilih barang.....
tak jadi nak pilih baju renoma jr n poney utk hakim....
kebetulan lak papa masa tu dah g tgk barang2....
terpaksa la mama tolak jugak stroller hakim dlm kesesakan itu....
sampai la dia tertdo....mujo ler....
la jugak kami bertapa akt dlm tu....kuo rumah dlm kol 10.00 pg....
kuo dr stadium....dah kol 1.30 pm....perut pong dah lapo....

jom layanz apa yang mama n papa sempat grabbed kat sales tu...
ni rumahnyer accesories......ada box utk isi menan hakim....ada jag air from rubbermaid....pastu ada pocket multipurposed....
ha..ni mamanya ler.....menambah collection...kebetulan price agak worth it...so grabbed jer la....boleh buat stock......all this 3 items from Loreal cost me at rm50.....okla tu...ada facial foam, blusher, n refill compact powder true match sekali.....

ni jer baju untuk si hakim.....sweaternya.....cost only rm20....ekceli mama berkenan betui ngan baju renoma jr utk hakim td.....tp......sian lak dia nangis.....so..ignore jer la...n papa suh mama pi lagi...tp pi 2nd time dah ramai lak kaum2 ibu kat situ.....tak bleh nak pilih dah....huhuuh..tak per la....terpaksa ke sogo jugak nampaknya ni.....

ni papa punyer la......n ada selai khakis utk abg lokman...... yang lain tu office attire papa.....papa puas ati sangat beli ni...sangat murah katanya.....n selebihnya tak leh la reveal kat sini....very the "pnc".....haahaha.....semanya utk internal usage...ahahahhah
posted by Mama Hakim @ 9:33 PM   0 comments

Catatan Kehamilan (Minggu ke 13-28)

Berita gembira tentang trimester kedua ini ialah yang mana inilah masanya almost wanita hamil merasa diri mereka lebih bertenaga. Jadi, ia akan memabantu diri anda rasa lebih cantik dan konfiden… Hahha…tp naper saya rasa makin tired lak ni….hiihih..

Namun, pada trimester ini juga anda mungkin jadi lebih tidak selesa disebabkan pelbagai factor: antaranya sendi semakin meregang, air bertakung di bahagian tubuh tertentu dan kurang tumpuan. Masalah kurang tumpuan berlaku disebabkan oleh hormone! Masalah ini akan membuatkan anda mudah lupa. Walaubagaimanapun, keadaan ini hanyala temporary sahaja. Untuk mengatasinya, anda perlulah membuat senarai semak kerja atau yang seangkatan dengan…kena buat checklist la ni gamaknya….

Sementara itu, setiap bahagian tubuh yang mengalami perubahan perlu penjagaan rapi. Payu dara yang semakin membesar umpamanya, memerlukan anda mengambil berat tentangnya. Pastikan payu dara anda disokong dengan coli khusus untuk wanita hamil. Puting payu dara akna menjadi lebih lembut daripada biasa. Pada masa yang sama ia mudah berkerak terutamanya jika kolostrum keluar tanpa disedari. Oleh sebab itu, anda perlu lebih kerap membersihkan payu dara. Ini penting untuk memudahkan anda menyusukan bayi apabila dia lahir kelak.

Selain itu, kuku adalah antara bahagain tubuh yang mudah terjejas ketika hamil. Jadi, anda pelu sentiasa memastikan kuku dipotong pendek. Malah, kulit ketika hamil pun sering dilanda masalah. Ini terutamanya di bahagian perut. Pertambahan berat badan secara mendadak membuatkan kulit sukar menampungnya lalu berlakulah regangan kulit sehingga mencacatkan pandangan.

Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang boleh dicadangkan ialah anda menyapu losen, minyak zaitun ataupun krim khas untuk mengatasi masalah kulit meregang. Pada masa yang sama, cuba kawal pertambahan berat badan agar ia tidak memburukkan lagi keadaan sedia ada.

Tips Pakaian Hamil:
1. Pakai pakaian yang boleh membuatkan anda rasa selesa dan tidak mengundang kesakitan.
2. Jangan menganggap anda sudah perlu memakai pakaian hamil ketika kandungan baru berusia tiga bulan. Anda masih boleh memakai pakaian biasa selagi perut belum membesar.
3. Sebelum perut benar-benar besar, anda boleh menyarungkan pakaian yang boleh meregang. Asalkan selesa, anda boleh memakainya.
4. Jangan membataskan penampilan anda dengan hanya memakai baju labuh dan longgar. Sebaliknya pelbagaikan fesyen agar penampilan anda sentiasa kelihatan menarik.
5. Jangan beli pakaian hamil mengikut perasaan. Ingat! Anda hanya akan memakai pakaian tersebut untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Kemudian hari, ia akan terperosok di dalam almari sahaja.
6. Pilih pakaian yang mudah meresap peluh kerana ketika hamil dan di akhir-akhir trimester, anda mudah rasa panas dan kerap berpeluh.
7. Selain daripada pakaian, berikan tumpuan yang sama pada kasut. Selain daripada tidak bertumit tinggi, pastikan kasut yang dipilih mempunyai bukaan di bahagian hadapan agar kaki anda mudah bernafas dengan baik.
8. Belilah seluar yang didatangkan dalam warna-warna gelap seperti hitam, biru tua dan coklat. Warna sebegini mudah dipadankan dengan apa jua warna baju anda.
9. Pastikan seluar dalam anda memberi keselesaan maksimum kepada perut yang semakin membesar. Apa yang penting perut tidak menerima tekanan akibat daripada seluar dalam yang terlalu ketat.
10. Semasa membeli coli, ambil kira tentang saiz mangkuk coli. Jika was-was, minta jurujual untuk membantu anda membeli yang selesa sepanjang dipakai sepanjang kehamilan ini.
posted by Mama Hakim @ 9:25 PM   0 comments

Anak Mama....

Bertuah sungguh anak mama ni….
Lately hakim interested sangat ngan make up tools saya….
Risau lak saya…
Pantang dia nampak saya make up….
Cepat2 la dia capai blusher @ eye shadow @ lipstick kat dressing table…
Tiru la gaya mama ni buat sapu2 kat muka cam ner..
Ahhaha…
Lawak pong ada kalau tgk gelagat dia…
Ada kala time saya sapu bedak kat muka tu..
Dia pong “ma..” sambil tgn dia sapu2 kat pipi dia tuh..
Siap ngan memek muka saya la tu dia ikut…
Kadang dia mintak saya sapukan sponge bedak tu kat muka dia jugak…
Sabo jer la…selagi saya tak buat..selagi tu la dia nangis….
Ari tu mak ngah dia dtg rumah…
Boleh dia amik blusher saya..dia panggil “ngah”….
Then sapu2 muka dia ngan blusher tu tunjuk kat makngah dia…
Merah la pipi dia..
Lagi satu dia suka..amik lipstick korek2 kat dalam tu..
n tonyoh la kat muka dia…
korang leh imagine la cam ner ropernya jadi muka dia….merah2 n comot sekali…
kalau gegurl best gak saya make upkan muka dia…
ni nak wat cam ner dik oi….boboy awak tuh….
posted by Mama Hakim @ 9:12 PM   0 comments
Wednesday, April 22, 2009

Tak syuker ler....

Ari ni saya agak ke"busy"an gitu....
sungguh busy....pagi...
saya n my team in unit system cawangan sibuk handled training for new portal....
sessi ptg lak ada session review comment n cadangan dari users..
kol 4.30 ptg...trutt..trut...(ekceli rhytme hey delilah..)
time to install PTPTN system lak kat pc users...
12 pc nak kena siapkan petang tu.....
huuhuhu....sakan la jugak...
terpaksa la mintak excuse ngan my bos utk keluo dr blk training...
terus msg papa....pa...ayang balik kol 6.30 ari ni erkk....
terus papa reply ..k..simple jerkkk...
installation process sampai kol 6.45 ptg td.....huhuuh...penat la jugakkan....

ops..lupa lak nak citer.....
time lunch hour selepas sessi pagi training....
mama dpt memo....akak kol pn. n....dia mintak akak jd emcee utk majlis 28 ni...
huhuuhu....tak sukernya saya dgr...
pn.n ni bos admin jabatan saya....
awat la dia suka no pilih saya jadi emcee majlis....majlis main2 boleh la...
ni majlis melibatkan org2 korporat...huhuuh..lagi la tak suka.....
mesti protokol bertokol2 ni....
lagi la saya ni memboyot...
adakah comel plus cantik anggun n bergaya...
sorang mak buyung macam saya duk berdiri kat depan khalayak ramai....o tidakkk...
jawab la sendiri......
n saya pong sebenarnya..sudah penat sangat lately ni nak berdiri lama2......
tambah lagi berdiri plus cakap....harus la mengah akan ada di situ...
tolong la faham condition saya ni...pn....
ekceli....ari tu dia dah kalut carik n kol saya.....
mintak saya jadi mc majlis pada 14 april tu...
tp kebetulan lak...saya ada training kat amcorp tu....so...saya boleh create solid reason la....
huhuuh....na ri tu saya dia siap tanya saya.....saper lagi yg saya nampak ada talent jadi emcee...
saya ni kununnya ingat la dia nak yg ada experience mcm saya....x lecturer...x teacher gitukan.
so saya cadangkan sorang x guru ni.....ekkeke...
yg lawak...dia lak cakap kat saya....kalau cikgu pong sore tak sedap nak buat apa??...
hahahha...nak tergelak di situ....
adakah sore ku ini sedap??? hahahha..meh kita gelak dulu......
tak kira la sdap ke tidak sore ku ini...
saya tak mo la jadi emcee itu.....
sebab saya sangat tidak larat skang ni....sangat tidak larat u all....
n esok saya nekad....
saya akan calling pn. n itu...
n cakap jer la...saya memang tak larat dah ni....
percaya la korang.....jln pong dah lain mcm la ni.....
awat la dia nampak ibu buyong jer ni....suh la anak2 dara..pak2 dara lain yang available....
pliss la...terima la rayuan alasan ku ini....hahahhahha
okla.....
nak stop dulu ni....
nak iron baju lak..
esok khamis ekrkk..
harus kena iron baju batik lak ni......
policy is policy ma.....
posted by Mama Hakim @ 9:07 PM   0 comments
Monday, April 20, 2009

Besday gift.....

Toche..toche..
Syukran..syukran...
tq..tq...
terima kasih....bebanyak kepada adik2 n kakak2 yang berikan besday gift ni utk saya....
n tak lupa juga the cute card besday...
penuh ngan wishes masing2.....tq sekali lagi....

ekceli ari isnin tu...mama masuk kija selepas seminggu bertraining..
tup....huuhuh...ada surprised di situ.....
atah meja mama....ada kotak reben2...n sekeping kad ucapan....chewah...
hiihih...ropernya...dari kengkawan seangkatan di opis....yang sama batch ngan mama...
thanks a lot yer....
tahun depan nak lagi....ahhahha..aci ke cakap cam tuh???
hiihihihi
posted by Mama Hakim @ 10:21 PM   0 comments

Makan2 Besday 2..

Event: Dinner Agenda..
Venue: Restoran Famous Thai, Plaza Masalam, Shah Alam (next to hotel concorde)
Participant: 3 only....:)
Date: 17 April 2007
Time: 8.30 pm


ini hidangan a.k.a set menu yang mama pilih.....siakap masak 3 rasa....ayam goreng black peper...n sup campur.....
di sini la tempat makannya....famous thai..snapped kat buku menu....
ni papa yang snapped....konon nak amik address n contact number..tp tak nampak la...
ini budak yang makan jajan....sebelum meal sampai kat meja hidangan......sonok dia mkn jajan ni....dah habis sepinggan....dia mintak lagi sepinggan....n lagi satu dia kasik jeruk buah kedondong sebelum makan tuh..yang ni kena sembunyi ler....bahaya utk budak kicik ni....mama n papa mkn semunyik jugak la...hiihiih
ha ni....saper ni..kalau bukan...ehem..ehem....orang yang tukang belanja....aka penaja....
hiihii...ni plok....orang yang kena belanja....hiihih.....naper buat muka mcm tu??? hiihih...tak sabo nak mkn ker???

huuhuh....ni....our lovely hakim.....huuh.penuh mulut dia ngan jajan...ntah tunjuk nak apa la plok tuh....papa layanz jer la....:)

ok..review mama pesal restoran famous thai ni...okla...not bad....mama kasik 4 stars from 5 star...hhih...tp kalau nak bwk famili yg ramai....amat la sesuai.....dan kalau nak compared ngan chiangmai restaurant....mama preferred chiangmai lagi...dari segi ke"best"an makanannya..n dr segi interior designnya.....hihihi....dari segi price...famous thai lebih affordable....

plan awal dlm car balik kija ari tu nak g mkn2 seafood kat tanjung harapan port klang sana.....tp....blk umah pknya pikir....uuhuh...penat la pa..lepas maghrib nak bertolak ke port klang....kita cuba famous thai lak....tgk cam ner....sebenarnya agenda nak g tanjung harapan tu ada la bermotifkan utk mengimbau kenangan dulu2...time berchenta dulu ler....hihiih.....nostalgic betui la.....kakakka....tak per la...next time la kita g sana lak..wiken ok sket nak bwk hakim tgk ships sekali.....:)

posted by Mama Hakim @ 10:14 PM   0 comments

32th besday cake....

besday cake mama yang ke 32...gini la ropernya....tgk tu....budak kecik da bersedia ngan pisau cake.......hahha...ni sapernyer besday ni dik......:)
dah pasan lilin...ok saper nak tiup ni....n dah agak dah.....bukan mama yg tiup lilin....tu budak tu ler...budak kecik tu...layan jer la....n mulutnya bising.....epi besday to u...epi besda to mama.....so cute la......geram la plok...:)

excited sungguh la dia ni....pa...tq erkkk...belikan mama cake secret recipes ni...sanggup g kuo malam2 g carik keknya.....hiihihi..toche.....toche..nanti besday papa nanti...mama lak yg banja cake..hiihiih..:)
n best plok mlm tu potong cake (potong bersama2 ngan my little angel la....papa tukang pasan lilin n amik gambo..) ....n yang tambah best....adik beradik mama pong ada kat umah mama mlm tu....tak semua pong....kami gather 4 beradik mlm tu...ada mama, aicik, aimat n mek....huuhuh...n kebetulan lagi siangnya mama buat nasik ayam...terasa jugak la amat bermakna sekali...sonok adik badik berkumpul kat umah kita ni....:)
posted by Mama Hakim @ 9:56 PM   0 comments

Makan2 di Restoran Melaka....

Lunch hour 17 April ...Jumaat...
mama n auntie mas....is my x colleague @ UNI***
having lunch together...
kebetulan kelana jaya n amcorp mall dah berdekatan..
so jgn siakan peluang itu utk berdating....ahhahhaha
ekceli mama ajak sekali auntie ita makan2 together2 ari tuh...
tp autie ita agak kebusyan n have her own agenda lak..
tak leh la nak join kami sekali..
tak per la ita...next time lak yer....
hiihiih...rindu betui ngan korang.....
nor pong tadak....cuti bersalin erkkk...
kak mas...ropernya masa kita tgh berdating tu.....
nor dtg ke UNi*** erkk...
tghari td nor ada calling2 me....
biasala bertanya kabo.....
so sempat la dia jumpa ita kat opis.....tak dan jumpa kak mas....hiihih...

mama..yang dah se'eh perut mkn asam laksa....huhu byknyaaaaaaaa.....

kak mas yang masih menten..nampak makin kurus lak....wah bestnya...tak sabo nak slim mlim blk ni......kak mas order nasik goreng nyonya ari tu......best ker tak????

tq..for complimentary of krepek to me.....habis hisyam makan.....
lenkalileh kita outing2lagi erkkk....
hiihihiih..:)
posted by Mama Hakim @ 9:33 PM   0 comments
Friday, April 17, 2009

I'm Growing Up @ 32...

Today 17 April 2009.. genap la umur saya 32 tahun... ihihi...3 n 2....if plus = to 5...

Alhamdulillah saya diberi ruang di dunia ini untuk bernafas sampai saat ini.... sampai ke angka 32...bukan 32 hari...bukan 32 minggu dan bukan juga 32 bulan... 32 tahun..ya....cukup matang bagi saya angka itu..... berbagai pengalaman pahit manis..maung..kelat..masam....suka duka sudah saya alami... biasa la lumrah kehidupan....sema itu kita kena tempuh... pengalaman mengajar kita menjadi matang..... yang baik jadikan teladan dan pedoman....yang buruk jadikan sempadan dan ingatan....

Syukur di saat ini... saya berbahagia di samping org2 yg tersayang...i have my beloved hubby.... n my cute n beloved hakim.....n bakal keluo seorang lagi permata hati kami on august.... syukur......di atas rahmat usrah yang dihadiahkan buat kami... dan syukur jugak dengan kurniaan rezeki yang dianugerahkan Allah buat kami sekeluarga.... InsyaAllah....kami akan mentadbir dan menguruskan amanahMu itu dengan sebaik mungkin... dan Ayah saya ada mengingatkan anak2...."setiap rezeki yang Allah bagi kat kita....kita jangan fikir untuk diri kita sahaja....sebahagian dari rezeki itu ada bahagian utk org lain jugak....ingat2 la.."

Di saat umur saya mencecah 32 ni.... sesungguhnya saya amat merindui arwah mak saya.... yer la...ulangtahun kelahirankan....of course la....amat dekat relatednya ngan mak.... ari ni la arwah mak saya melahirkan saya 32 tahun dulu..... dan kali ni buat pertama kalinya saya menyambut ulangtahun kelahiran tanpa arwah mak...@ 32..saya redha...Allah lebih sayangkan arwah mak....dan moga arwah tenang di sana...ditempatkan di kalangan orang2 terpilih.....dicucuri dan dilimpahi RahmatNYA....amiin... al-fatihah untuk arwah mak....

dan akhirnya...my wishlists sempena 32 tahun umur saya ni... saya berdoa agar dipanjangkan umur, diberi kesihatan utk saya dan seluruh ahli keluarga.... dan mintak dipermudahkan segala urusan akhrawi dan duniawi....dan tambahkan mawaddah wa mahabbah dalam kehidupan kami...dan semoga apa yang diidamkan akan menjadi kenyataan...:)

pagi2 besday mama dan snapped pic....sebelum keluo rumah pagi tadi....suka ngan pic ni...sebab tgk tu...hakim tu...senyum elok jerkk..jarang dia nak senyum gitu.....senyum ala papanya style...anak papakan....hiihihiih
n berbunganya hati hari ni...awal pagi since mama tengah make-up....papa n hakim dah sang a besday song to mama....huuhuh...bestnya...so cute jer hakim nyanyi lagu tuh utk mama...ngan gaya2 pelatnya tu...tak sabo nak potong kek nanti...mesti kalut dia nak potong gak nanti ni..hiihhi.:)
posted by Mama Hakim @ 11:35 PM   0 comments
Thursday, April 16, 2009

Day 4

Ari ni dah ari ke 4 mama training Sharepoint
huuh...day 1, day 2, n day 3...okla jugak learningnya...
masuk day 4 da fenin dah.....
ekceli ari ni dah masuk core codingnya...
n ari ninya topik cover more to webpart, AJAX
n topik lain yg agak soft like features....
mama pong ekceli kurang arif pesal sharepoint ni...
lately dlm 2 bulan ni ler baru ada exposure dlm new tech ni...
tu pong setelah diperkenalkan oleh pihak vendor kami...

Sharepoint in a glance....
Sharepoint server 2007 is software yg saya guna sekarang..
(correct me if i'm wrong...this is te latest version of sharepoint)
saya dulu tertanya2 gak dalam kepala ni..
apa kebendanya sharepoint ni....tak pernah belajo pong ni...
apa fungsi...apa bleh buat ngan menda ni....
best ker menda ni..n yang paling best susah tak nak belajo menda ni...
hahha macam2 soklan erkk...
yerla baru dgr perkataan ni mesti ada question mark in my mind...
simple explanation ...apa yang bleh saya concludekan pesal sharepoint ni...
one of Microsoft products...(bill gatesnya la ni.)
yg mana fungsinya adalah untuk membangunkan portal....
scenario in my organisation, memerlukan sebuah portal untuk kemudahan kakitangan shared documents, create an announcements, create calender and events n keep project progress n bla bla lagi la...
furthermore, sharepoint juga bole diintegrasikan dengan others software mcm SQL server, Ms Visual Studio, SAp n etc...
dan sharepoint juga merupakan web based application dengan basic ASP.
Dari pengetahuan saya yang cetak ini, sharepoints bakal menjadi satu sumber yang sangat berguna dan bermanfaat kepada sesebuah oraganisasi yang menitikberatkan ke"efisien"an kerja dan output...

esok lagi sehari saya training....
ahhaha.....penat pong ada lama2 training ni..
yerla ngan perut boyot saya ni..
mana tahan nak duk lama2..
n penat pinggang nak pahamkan coding n arahan...
asik mau ke toilet pong ye gaks....
arap2 esok tak la penat sgt...
lunch hour ada date ngan sumone...
hiihi..siapakah itu?? ex-pakwe ker??
n esok my special day jugak....hiihihi.....:)
posted by Mama Hakim @ 8:47 PM   0 comments
Tuesday, April 14, 2009

Wat per wiken tuh???

Wiken sabtu n ahad lepas....
Sabtunya agenda...
Mama awal2 dah arranged appointment ngan hakimnya paeditrician....
So pagi selepas kemas rumah, mop rumah n segala bagai...
baru bersiap ke tawakal....sebab siankan hakim nak bangunkan dia..
week days sokmo bangun awalkan....bagi peluang kat dia weekend ni tdo lama sket...
Around kol 9 am bertolak ke Tawakal Hospital...
sebelum tu sapan dulu kat Res Haslam...
Kebetulan pagi tu..papa ajak g zoo jugak..
so mama ajak abg lokman join sekali ler...
Appointment kali ni utk hakimnya injection 2nd jap pneumococcal...
Alhamdulillah dah completed dos vaccine tu...
Then selepas diconsult ngan doc sheila....bla..bla...
byk benda borak ngan doc ari tu...
puas hati.....
slps selasai urusan di Tawakal terus g zoo ler..
sebelum tu singgah tapau kfc dulu....
huuh..yang best kat zoo...
terjumpa lak marrie....
huuhuh...neighbourhood kat kusza dulu...
sangat la tak sangka..lama sgt tak jumpa dia...
since abih dip dulu...
huuhuh....marrie dah ada 5 kids dah....
her 1st kids pong 8 years old...dah beso dah erkk...
sayanya hakim baru jer umo 2 tahun plus....uhuhuuh...
n mama excited tgk binatang buas mcm tiger leopard, puma, lion..
tak pernah jumpakan..so beria la tgkk..
dah agak kepenatan jom blk ler....perut pong lapo dah ni...
huuhuu...
selepas mkn kfc tapau td....
terus bertolak ke umah maklong hakim..mujo dekat jer uk perdana tuh jerkk...
n solat zohor kat sana terus....
okla layanz gambau la plok.....

p/s: layan jer la yer layout gambo kali ni agak carca merba...betui ka spelling mcm ni...hahha..lantak la...ni disebabkan itu budak kiick sudah mai kacau mama dia ler ni....pas tu tekan itu tekan ini..tak pasan lak dia tertekan layout gambo ni sekali....harus la terima seadanya....anak mama pong nak berblog jugakkan.....layan jer la...budak kicikkan...

huuhuh lapo ma....
menjamu selera ngan kfc tghari tuh....
ini ma n pa nyer....
nak mintak apa ni?? bolat2 mata dia.....








bangau ni tido ker??
kura2 beso ni....mcm batu jer sekali imbas erkkkk
huuhuh..tunjuk per tuh??
ha tu dia...ada crocodiles dia.....
dua org jejaka buah hati pengarang jantung mama....jejaka idaman..:)
see....budak2 sekolah yang dah tired.....sian lak mama tgk....tp diorg excited dpt tgk animals lively....mcm hakim gaks....
possed dulu sebelum masuk....

harus ada landmark zoo negara itu..tp abg lokman captured senget la plok...halal la yer....opss lupa nak tambah info sket.....skang tiket nak masuk zoo for adult is rm15...n dulu nak naik tren dia foc jer kan..la ni...sema berbayo...rm3 for adult....utk satu round dlm zoo tu...

Labels:

posted by papa @ 9:00 PM   0 comments
Monday, April 13, 2009

Training @ Amcorp Mall...

Ari ni first day trining sharepoint di Amcorp Mall...
huuhuh.....
Pagi tadi pi sana...papa dropped mama @ LRT Kelana Jaya...
huhuuh...excited pong yer..dah lama tak naik public transport.....
hihiihi...terasa freedom gitu....
leh jln2 pagi2...
perut yang memboyot pong tak terasa..hiihih..
excitednya pasal..kakakkak
huuhu sampai LRT kelana jaya..
wah..ramainya umatg manusia q up utk masuk tren...
huuhuh......
mujo mama dpt menyelirkan diri...dpt masuk gaks...
malas dah nak tunggu next tren..
huhuh..sesungguhnya awal bebenor la sampai Stesen Taman Jaya...
kol 8 dah sampai...hahaa..
semangatnya.....

so ari ni day 1 belajo sharepoint...
more to intoduction la..
baba coding lom sentuh lagi...
trainer is Mr. Gerald..sgt la laju dia ckp....
nak kejo masa..utk habiskan silibus rasanya....
dah la speakang jer manjang...
buku yg dpt pong tebal giler...
tak larat mama nak bwk ulang alik hari2...
so senang citer tinggal sana jer la...
kalau bwk blk..tak dan nak selak pong...

Petang tadi...around kol 4 pm..
papa message tanya abih tarining kol baper..??/
nak amik kat mana....???
mama reply blk...
kalau jalan jam...tunggu kat lrt kelana jaya jer la..
kalau tak...dtg amik kat amcorp mall jer la..
huhuuhuh...
yer la..mama paham....federal hiway ptg2 gitu jamnya...
tak hengat la..sian papa..
tp last2 jemput kat amcorp mall gak....
mamanya plan nak naik tren lagi....hiihihii
posted by papa @ 10:38 PM   0 comments
Sunday, April 12, 2009

Candid time....

antara candid picture yang dicaptured....
layanzz....

My hakim...sedang cuba mencapai sesuatu...apa agaknya yer...

nak capai digi cam yang dipegang oleh abg naim....

mak yong yang kepenatan..mintak ehsan tuan rumah a.k.a mek tlg urutkan...
dulu arwah mak yg tlg urutkan.....




pelamin lagi....

dan lagi...

my hakim yang beria makan anggur...sampai basah bajunya....

ummi raudhah.....anak buah mama yang keberapa ntah..tak hengat dah..ramai sgt....

ummi n adam......
posted by papa @ 2:45 AM   0 comments

Persalinan ke2....

Baju biru cyan ni...
pilihan mak kakak...

pengantin lama nak merasa duk atah pelamin gaks...
bergambar ngan mak n ayah pengantin pompuan...
terpaksa snapped dari jauh jerkk...hakim dah bising maaa
jauh lagi...

close up sket....
posted by papa @ 1:58 AM   0 comments