" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Sunday, April 26, 2009

Catatan Kehamilan (Minggu ke 13-28)

Berita gembira tentang trimester kedua ini ialah yang mana inilah masanya almost wanita hamil merasa diri mereka lebih bertenaga. Jadi, ia akan memabantu diri anda rasa lebih cantik dan konfiden… Hahha…tp naper saya rasa makin tired lak ni….hiihih..

Namun, pada trimester ini juga anda mungkin jadi lebih tidak selesa disebabkan pelbagai factor: antaranya sendi semakin meregang, air bertakung di bahagian tubuh tertentu dan kurang tumpuan. Masalah kurang tumpuan berlaku disebabkan oleh hormone! Masalah ini akan membuatkan anda mudah lupa. Walaubagaimanapun, keadaan ini hanyala temporary sahaja. Untuk mengatasinya, anda perlulah membuat senarai semak kerja atau yang seangkatan dengan…kena buat checklist la ni gamaknya….

Sementara itu, setiap bahagian tubuh yang mengalami perubahan perlu penjagaan rapi. Payu dara yang semakin membesar umpamanya, memerlukan anda mengambil berat tentangnya. Pastikan payu dara anda disokong dengan coli khusus untuk wanita hamil. Puting payu dara akna menjadi lebih lembut daripada biasa. Pada masa yang sama ia mudah berkerak terutamanya jika kolostrum keluar tanpa disedari. Oleh sebab itu, anda perlu lebih kerap membersihkan payu dara. Ini penting untuk memudahkan anda menyusukan bayi apabila dia lahir kelak.

Selain itu, kuku adalah antara bahagain tubuh yang mudah terjejas ketika hamil. Jadi, anda pelu sentiasa memastikan kuku dipotong pendek. Malah, kulit ketika hamil pun sering dilanda masalah. Ini terutamanya di bahagian perut. Pertambahan berat badan secara mendadak membuatkan kulit sukar menampungnya lalu berlakulah regangan kulit sehingga mencacatkan pandangan.

Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang boleh dicadangkan ialah anda menyapu losen, minyak zaitun ataupun krim khas untuk mengatasi masalah kulit meregang. Pada masa yang sama, cuba kawal pertambahan berat badan agar ia tidak memburukkan lagi keadaan sedia ada.

Tips Pakaian Hamil:
1. Pakai pakaian yang boleh membuatkan anda rasa selesa dan tidak mengundang kesakitan.
2. Jangan menganggap anda sudah perlu memakai pakaian hamil ketika kandungan baru berusia tiga bulan. Anda masih boleh memakai pakaian biasa selagi perut belum membesar.
3. Sebelum perut benar-benar besar, anda boleh menyarungkan pakaian yang boleh meregang. Asalkan selesa, anda boleh memakainya.
4. Jangan membataskan penampilan anda dengan hanya memakai baju labuh dan longgar. Sebaliknya pelbagaikan fesyen agar penampilan anda sentiasa kelihatan menarik.
5. Jangan beli pakaian hamil mengikut perasaan. Ingat! Anda hanya akan memakai pakaian tersebut untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Kemudian hari, ia akan terperosok di dalam almari sahaja.
6. Pilih pakaian yang mudah meresap peluh kerana ketika hamil dan di akhir-akhir trimester, anda mudah rasa panas dan kerap berpeluh.
7. Selain daripada pakaian, berikan tumpuan yang sama pada kasut. Selain daripada tidak bertumit tinggi, pastikan kasut yang dipilih mempunyai bukaan di bahagian hadapan agar kaki anda mudah bernafas dengan baik.
8. Belilah seluar yang didatangkan dalam warna-warna gelap seperti hitam, biru tua dan coklat. Warna sebegini mudah dipadankan dengan apa jua warna baju anda.
9. Pastikan seluar dalam anda memberi keselesaan maksimum kepada perut yang semakin membesar. Apa yang penting perut tidak menerima tekanan akibat daripada seluar dalam yang terlalu ketat.
10. Semasa membeli coli, ambil kira tentang saiz mangkuk coli. Jika was-was, minta jurujual untuk membantu anda membeli yang selesa sepanjang dipakai sepanjang kehamilan ini.
posted by Mama Hakim @ 9:25 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home