" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Thursday, June 11, 2009

Tips untuk mama...

Kali ni mama berkesempatan utk share tips persediaan bagi kaum-kaum ibu hamil yang bakal menyambut ketibaan orang baru. Pendek kata persediaan utk admitted di wad bersalin nanti. Mama pong lately dah pk…since usia kandungan mama dah masuk 7 bulan ni…if anything unpredictable happens cam ner la nak buat….pandai ke papa nak kemas barang keperluan bersalin nanti..so better sediakan payung sebelum hujan…seeloknya dari sekarang mama berkemas siap2 la barang yg perlu di bawa ke hospital ni….masuk dlm beg siap2 sema barang ni….then pesan jer kat papa….pepehal nanti papa amik jer beg itu..beg ini erkkk..huuhuh….same case masa hakim dulu gak…hhiih…memang bersiap awai barang2 ni n let papa know which bag he need to carry if mama dah sakit peyut nanti….insyaAllah wiken ni mama harus berkemas sema barang ni masuk dlm satu beg jerk….huuhu..berdebar la plok nak bersalin..terasa mcm nak bersalin sulung jugak ni…..yer la sebab mama mcm naïf bab2 sakit bersalin ni..tak pernah mengalami macam mana sakitnya…adakah sakitnya semacam menstrual pain tuh…huuhu…sungguh la jakun..tertanya-tanya jer dlm kepala ni….

What should I prepare…
- kad rekod kehamilan yang menyimpan segala butiran kehamilan sepanjang 9 bulan (tp gynae mama tak bagi pong kad ni kat mama..dia cakap in case kalau sarat nak jalan jauh nanti mintak la ngan dia…sebab plan nak bersalin ngan dia jer nanti kan….tp kita hanya merancang..tuhan menentukan….)
- insurans kad bagi kaum ibu yang mengambil insurans yang cover sekali kos rawatan bersalin. (tapi kos bersalin mama nanti tak dok coverage by insurans pong…sendiri cover jer la….GL company pong tadak.)
- barang keperluan diri spt berus gigi, ubat gigi, pad, sabun, syampu, deodorant, panties pakai buang (penting bagi ibu2 yang mengalami c sec), selipar, kain batik, stoking, baju tshirt. Pengikat atau klip rambut(bg yang berambut panjang), wet tissue, pencuci muka, n jgn lupa bra yang sesuai for breastfeed, perfume mama sekali, lagi satu cermin mata kedua mama...
- barang bb…2 pasang baju bersaiz new born, pampers for new born 2 3 helai, selimut baby, topi bb, stoking bb nyer…n bb carrier jugak….penting time discharge nanti….

What should papa do….
- barang asas utk keperluan diri (rasanya yang ni papa dah expert kut…sebab papa kemas sendiri brg papa kalau hakim kena admit) mcm berus gigi, ubat gigi, gel rambut papa, pakaian2 papa…
- makanan ringan dan bahan bacaaan utk mengisi masa lapang sementara bb dilahirkan.
- Sediakan juga wang yang mencukupi dengan kos bersalin nanti...yang ni pandai2 la bajet…kalau bersalin kat swasta tu…kalau amik single bed..plus kena c sec tu budget la lebih sket….
- Ha..jgn lupa juga bawak henpon n chargernya sekali yer pa….

Tidak perlu dibawa….
- barang kemas. Tok sah la pakai brg kemas time2 nak banak ni…mcm2 kemungkinan bleh berlaku.
- Elakkan membawa wang yang banyak, kad kredit atau pong barang berharga yang lain.
- Jgn membawa tugasan opis anda ke hospital
posted by Mama Hakim @ 6:07 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home