Mangsa pertama H1N1 @ Malaysia...
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan segera dan mematuhi segala protokol bagi memastikan wabak itu tidak merebak. "Saya fikir, kita harus yakin dengan keupayaan agensi dan penguat kuasa yang ada untuk mengawalnya. Biarpun ini kes baru, Kementerian Kesihatan dan agensinya banyak pengalaman seperti ketika serangan beberapa wabak sebelum ini. "Mereka boleh guna protokol sama dan kita berharap ia akan diurus dengan baik," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, semalam.
Sementara itu, Pemangku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, menasihatkan semua 198 penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari Newark, Amerika Syarikat yang dinaiki pelajar terbabit supaya menghubungi segera talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau membuat pemeriksaan lanjut di hospital, klinik serta pusat kesihatan kerajaan. Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.15 pagi Rabu lalu. "Ada sebahagian penumpang yang transit di KLIA dan menuju destinasi lain termasuk Indonesia," katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan di sini, petang semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kini menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland. Kong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pelajar itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada jam 6.45 petang kelmarin selepas mengalami demam, sakit tekak dan badan.
Ujian makmal mengesahkan pelajar itu positif H1N1 dan mangsa kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh tetapi keadaannya dilaporkan stabil. Lima ahli keluarga pelajar itu pula dikuarantin di rumah selama tujuh hari sebagai langkah berjaga-jaga. "Kementerian juga sudah memulakan siasatan terhadap mereka yang mungkin berhubungan dengan pelajar itu, termasuk anak kapal dan penumpang penerbangan itu. "Kita juga bekerjasama dengan MAS untuk menghubungi penumpang pesawat itu dan berharap mereka yang mempunyai simpton virus itu supaya mendapat pemeriksaan segera secara sukarela," katanya.
Ditanya bagaimana mangsa boleh melepasi mesin pengimbas di KLIA, Kong berkata simptom virus itu tidak muncul dengan serta merta dan memerlukan sehari atau dua hari untuk mengesannya. "Tapi jika sesiapa yang mempunyai demam atau simptom lain, pasti mesin pengimbas dapat mengesannya," katanya. Kong berkata, Kementerian Kesihatan turut melaporkan kepada WHO mengenai kes pertama itu dan orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa. Katanya, sejak virus itu menular kerajaan meletakkan tahap amaran fasa lima dan sudah menjalankan banyak pemeriksaan terhadap kes yang disyaki tetapi semuanya negatif.
p/s: sumber dari berita harian....alamak dah ada first case H1N1 kat mesia....takutnya.....nauzubillah....n cepat2 la our authority pi carik other pasengger yang sekapal ngan mangsa...yang seramai 198 org tu.....depa dah terdedah dengan virus tu agak lama dlm flight tuh..then....landing kat mesia.....berteraburan lak depa2 ni...kat klcc....dlm tren..dlm monorel...uhuuhu...merata2 la kat tanah melayu ni...takut lak nak kuo rumah rasanya.....sepatutnya....our authority cepat2 kuarantin 198 pasengger dr US ni....buat enforcement la....kalau nak tunggu willling depa pi hospital....tidaknya...mintak tlg ngan pihak polis untuk hubungi depa semula.....pihak MAS surenya ada database penumpang2 tuh...huuhuh...riso tol la......tambah2 lagi.....the victim admitted at hopsital sungai buloh...which is nearby our area ni jerk.....so lepas ni rasanya ramai la org tanah melayu bertopeng keluar dari rumah.....so nak wat cam ner..buat jer la menda yang sepatutnyakan....apa yang disarankan.....arap2 kita sema selamat dari penyakit berbahaya ini.....amiin.....:)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home