Beg plastik dilarang digunakan di Selatan Australia
tak pong kita pandai2 jer la start sendiri....
may b kita sebagai surirumah atau apa jua status anda..
bleh la bawak beg kertas atau beg sendiri utk kuo shopping groceries..
atau shopping apa2 ler..
sian kat bumi ni......dah sakit dah.......isu pemanasan global la.......
glasier kat kutub pong dah start mencair dah......
sayangi la bumi ini.....demi masa depan anak2 warisan kita......
ingat la kita bukan mewarisi bumi dari ibu bapa kita...
kita hanyala meminjamnya dari anak2 kita.......
MELBOURNE: Larangan penggunaan beg plastik akan berkuat kuasa di semua kedai di Selatan Australia mulai esok. Semua pekedai daripada pasar raya besar hingga ke kedai kecil yang menjual makanan bawa balik, tertakluk kepada larangan itu. Mereka sebaliknya akan menawarkan kepada pengguna beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. "Dengan melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli, kami akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, kami akan mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air," kata Menteri Alam Sekitar dan Pemuliharaan Negeri, Jay Weatherill, dalam satu kenyataannya di sini. "enghasilan empat bilion beg seperti ini di seluruh negara setiap tahun adalah pembaziran yang sangat besar kepada tenaga serta sumber dan larangan ini akan mengurangkan sumbangan Selatan Australia terhadap pembaziran itu," katanya. Larangan itu dijangka mengurangkan jumlah kira-kira 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun, kata Australian Associated Press. Apabila kedai dibuka Isnin ini, pembeli perlu sama ada membawa beg yang boleh digunakan semula dikenali sebagai 慻reen bags? atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg yang boleh reput sendiri. Beg plastik bergulung, yang lazimnya digunakan untuk mengisi buah-buahan, sayur-sayuran dan daging, akan terus disediakan, berserta dengan beg lebih kukuh di gedung membeli-belah atau kedai pakaian. Salah sebuah kedai utama, Coles and Woolworths berkata, mereka sudah pun mengambil langkah untuk menyediakan pembeli berdepan dengan penguatkuasaan larangan itu, sejak beberapa bulan lepas . Kumpulan pencinta alam sekitar Planet Ark, menggesa kerajaan negeri lain di Australia supaya mencontohi langkah Selatan Australia. - Bernama
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home