" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Sunday, September 13, 2009

Susu Ibu

Saya jumpa artikel yang bagus regarding susuibu ni di Forum cari...
bagi saya bagus untuk dikongsi dengan kengkawan, ibu2, bakal2 ibu dan untuk rujukan saya sendiri jugak...insyaAllah ianya akan membawa manfaat utk kita sema...

a very good article from dr Azwan blog (hope he dont mind am sharing its here)http://drazwan.blogspot.com/

Assalamualaikum Wbt.
Sempena Hari Ibu ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini dan saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung blog tentang artikel saya ini sempena hari ibu.
Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2 tak lain dan tak bukan ialah SUSU IBU. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?. bukan susu ibu lembu). Sila baca artikel ini sehingga habis.. mungkin anda boleh sampaikan kepada ibu2 lain.
Kelebihan Susu Ibu
Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.
Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu. Tak pe.. tapi anda harus ingat..
� Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
� Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu. Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaikantibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
� Susu ibu adalah percuma tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt
� Hygienic yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu (eleh memang tak pernah bangun pun!)
� Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
� Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.
Susu Tak Cukup
Tapi kan ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama mengeluh.. bukan tak nak bagi tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...
� Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya.. Kalau susu tak ada bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
� Kadangkala kita mengikut pantang terlalu strict. Tak salah ye puan-puan, tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)kalau kita minum air pun 100 ml je sehari. Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti kembangapa entah yang kembang. Menurut teori oleh Pakar saya, mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini, so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
� Sekali lagi pasal pantang, susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering, buah-buah tak makan langsung, sayur pun tak makan, sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang, kalau buah itu tak boleh, buah ini sejuk, awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan, tak tau mana sejuk mana panas.
� Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
� Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...
Simpan Susu Ibu di dalam FREEZER?
Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat. Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu. Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit, susu tak elok. Saya teruskan juga, Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik,letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!
� Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam
� Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)
� Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan - 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)
� Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...

Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman, tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan . Selamat Hari Ibu.
POSTED BY DR AZWAN AT 11:12 AM
posted by Mama Hakim @ 12:55 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home