Al-fatihah
Arwah telah disemadikan pada hari Jumaat 13 Mac 2009 di Tanah Perkuburan Kg. Dusun.
Semoga roh arwah sentiasa dicucuri Rahmat dari-NYA dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan terpilih.
Sesungguhnya inilah dugaan yang besar dalam hidup kami sekeluarga, dan kami redha kembalinya kepada Rahmat Allah. InsyaAllah. Amiin.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang tidak putus memberikan sokongan dan semangat untuk saya. InsyaAllah saya akan kuatkan hati dan semangat hidup saya sepertimana cekal dan semangatnya arwah mak saya melawan penyakit barah otaknya sejak 2004 lagi.
Sesungguhnya, mati itu pasti, dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali.
Al-fatihah….
1 Comments:
takziah dari kami sekeluarga. moga rohnya dicucuri RAHMAT. aminn
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home