" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Thursday, April 3, 2008

Autisme...

Apa tu autisme?? malam td mama n papa tgk buletin utama n ada dia memaparkan isu autisme ni.....ok mama pernah dgr words ni...yang mama tau cacat jerkk.... tp mama enggak tahu secara details apa maksud istilah autisme ni.. punca2 nyer....n symptom2 nyer sekali....mama buta, naif n dhaif pesal ni..n mlm td dah sms mak teh jugak dia tanya pesal autisme ni..."mu tau tak menda autisme ni?"...n mak teh reply to mama..."tak tau"...so mlm td....mama said to papa..esok kita carik la info pesal ni...yer la...sebab menurut berita tu...autisme ni menyerang kanak2 yer...mama ada anak yang berstatus kanak2...mama as a caring mother..:) rasa nak tau apa kebenda nya menda ni erkkk...so mama dah carik td....n apa yg mama dpt share ngan readers n silent readers blog hakim ni ler.....apa salah sharing is caring maaaaaaaaaaaaaaaaaa..:) nauzubillah la yer....arap2 benda ni tak der kena mengena ngan kita sema erkk...just an info yerk....:)


hihiih....tak sempat nak dl lagi info tu yer sorii...nak g meeting lak ni...later la yer.....:) jgn mare beb...nanti cepat tua...:)

ok mama sambung entry yang tertangguk semalam.....


Apa itu autisma?
Autistik atau autisma merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya.autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.

Simptom-simptom yang dapat di lihat :
1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.
2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.
3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.
4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.
5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.
6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.
7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.
8. Memutar dan menggoyangkan barang.
9. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.
11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.
12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.
13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
14. Tidak suka di peluk atau di dakap.(sentuhan)
15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.
16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.
18. Mendapat gangguan ketika tidur.
19. Perlakuan yang bongkok.


Apakah yang boleh dilakukan?
Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.


http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Autism (info dlm ni tak leh nak copy...so for share mama bagi link ni saja la erkkk...so kalau rajin klik jer la sini erkk...)
posted by Mama Hakim @ 12:12 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home