" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Thursday, November 17, 2011

Sek Keb Dusun Terbaekkkkkk...!

UPSR 2011 - TERENGGANU TERUS UNGGUL

KUALA TERENGANU - Pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 menjadikan Terengganu kekal sebagai juara UPSR untuk tahun ke-11. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Keputusan UPSR tahun 2011 bagi negeri Terengganu telah diumumkan oleh Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini.

Pengarah merakamkan rasa bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberikan sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu Tok Dor, Besut memperoleh pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi Gred Purata Sekolah (GPS) ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Besut merupakan daerah terbaik dengan pencapaian 23.9%.

*****Alhamdulillah dan Tahniah untuk warga sekolah kg saya...Kg Dusun...dan tahniah juga untuk Pn Jamaliah (my kanda) dan En Abdullah...kerana kejayaan anak bongsu kalian Zubir meraih 5A. Untuk anak sedaraku di klang Halimahtul Saadiah....tak bermakna tak dpt 5A tu gagal....teruskan usaha lagi.....masih byk lagi cabaran yg perlu ditempuhi.*****
posted by Mama Hakim @ 10:54 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home