" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Monday, September 22, 2008

Black Pepper Steak Simple Recipes...

For those yang nak try simple resepi ni cuba la..
sonang jerkkk....sedap pong sedap....
ni resepinya.....

DAGING

Bahan-bahan:
- daging dlm beberapa hirisan yang perlu (hiris cantik2 tau)
- bahan kisar ( 1/2 biji bwg besar, 3-4 ulas bwg putih, 1 btg serai, 1-2 sudu lada hitam (ikut selera masing2) 1/2 inci halia)
- garam secubit
- 1 sudu besar kicap pekat
-1-2 sudu gula/madu
1-2 sudu perahan lemon

cara-cara:
campur kan bahan kisar dan bahan2 lain diatas kecuali daging....
dah campur dua bahan tu..perapkan daging selama 4-5 jam...lebih lama lebih bagus....
dah perap tu masak atas kuali pong boleh....kalau ada kuali non stick tu lagi ok..
kalau guna kuali biasa tu taruh la sesudu minyak bagi sekeping daging...
jgn taruh minyak lebih erkk..kang jadi daging goreng lak....
guna api slow jer la...
kalau tadak daging....chicken pong boleh....

BLACK PEPPER SAUCE

Bahan-bahan:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula sesedap rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)

cara-cara:
cairkan butter dengan api kecil
dah cair butter masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi
masukkan kiub ayam dan kacau
masukkan air dan kacau
tambahkan sos cili (sesedap rasa masing2 la..) kacau sehingga sebati
tambahkan kicap pekat....PERHATIAN jgn sampai hitam sgt....agak2 nampak coklat tu dah cukup cantik....sebab bila dah sejuk sos akan lebih likat n hitam k...
masukan tomato dan kacau
tambahkan gula n garam sesedap rasa
masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi..kacau hingga menggelegak...
jika sos kurang likat masukkan tepung jagung yang telah dibancuh ngan air...tp if guna sukatan dlm resepi ni tak yah guna tepung jagung dah...sedang2 elok jer dah likatnya...

ok...try la no...ekceli this simple recipes by courtesy of auntie non....hiihi....non i letak recipes ni dlm blog hakim since ada 2 3 orang kengkawan yang berminat nak try gak...n auntie non ckp dia dpt resepi ni dr auntie jira.....hiihih...toche2 sema.....sharing is caring ma.....:)
posted by Mama Hakim @ 8:13 AM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home