" You're my heart, You're my soul, You're my everything...PAPA N MAMA :) "
Hakim Birthday
Monday, March 28, 2011

Bersedia...

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang. Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi. Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut. "Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi. "Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). sumber: Kosmo! Online


p/s: mintak dijauhkan kita dari bencana alam ini....

saya kekadang terpikir jugak dlm kepala ni...

takutnya....

sebab bangunan opis saya agak tinggi....16 tingkat....

tambah2 lagi terletaknya di atas bukit..

saya berada di tingkat 3 dari 16 tingkat tersebut.....

last year ada gegaran berlaku di sumatera

kat opis saya pong terasa jugak gegarannya....

kuat juga impaknya...

sampaikan kawan2 yg berada di tingkat 2 tertolak kerusinya...

n kipas2 pong boleh bergerak.....

apatah lagi yg mereka yg berada di tingkat atas2 sana....

huuhuuh.....

dan tidak salah saya andaikan senibina kompleks bangunan ni tidak dipersiapsiagakan dengan ciri kalis gempa pong.....

yer la.....bangunan lama dah ni.....kompleks kerajaan jln duta ni....

dan negara kita berada di luar lingkaran api pasifik....


Ya Allah peliharakanlah kami dari malapetaka ni Ya Allah.....

mintak dijauhkan dari semua ini Ya Allah....aminnn

posted by Mama Hakim @ 6:23 PM  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home